Pemetaan Semula Butang Sony DualShock 4 Kini Disokong Pada Android Pie

Pemetaan Semula Butang Sony DualShock 4 Kini Disokong Pada Android Pie

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Sesetengah permua lebih selesa dimainkan dengan pengawal permainan. Honor Play dan Xiaomi BlackShark adalah antara dua telefon pintar yang mempunyai aksesori alat kawalan fizikal. Tetapi ramai pemilik telefon pintar Android turut mempunyai konsol PlayStation 4. Sokongan untuk pengawal DualShock 4 adalah terhad dengan butang yang tidak boleh dipetakan semula.

Bagi pengguna Android Pie, ini bukan lagi masalah kerana sokongan penuh pemetaan semula butang kini disokong. Dengan ini kedua-dua pengawal PlayStation 4 dan Xbox One S boleh ditambat kepada peranti Android dengan lebih mudah. Tiada keperluan untuk membeli aksesori tambahan semata-mata untuk menikmati permua FPS kegemaran pengguna.


TIPS & ULASAN