Kamera Fujifilm’s X-T3 Dilancarkan Dengan Rakaman 4K 60FPS Dan Bicu Audio

Kamera Fujifilm’s X-T3 Dilancarkan Dengan Rakaman 4K 60FPS Dan Bicu Audio

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Kamera Fujifilm X-T2 ialah kamera nircermin yang popular kerana mempunyai kemampuan rakaman gambar dan video yang baik. Selepas dua tahun di pasaran, model kemaskini Fujifilm X-T3 akhirnya dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan yang diinginkan oleh pengguna.

Kamera kini mempunyai sensor 26.1-Megapixel X-Trans CMOS 4 APS-C yang dijana pemproses X-Processor 4 yang berfungsi tiga kali ganda lebih pantas berbanding generasi terdahulu. Ia mampu merakam gambar sehingga 30FPS dan video pada tetapan 4K 60FPS 10-bit. Ia turut dilengkapi viewfinder OLED sebesar 0.5-inci. Sebuah panel LCD sebesar 3-inci terletak pada panel belakang yang boleh digerakkan mengikut keperluan pengguna.

Sebuah bicu audio 3.5mm diletakkan pada sisi yang membolehkan rakaman audio didengari terus menggunakan fon kepala/fon telinga. Port USB-C yang disertakan pula boleh digunakan untuk menyambungkan sebuah powerbank untuk meningkatkan tempoh penggunaan kamera, tujuan pengecasan dan pemindahan data.

Fujifilm X-T3 akan mula dijual bermula 20 September pada harga $1899.95 (~RM 7873) dengan lensa kit XF 18-5mm dan $1499.95 (~RM 6216) tanpa lensa.


TIPS & ULASAN