Cari @ Amanz

Seperti telefon pintar, tidak semua pengguna memerlukan komputer berspesifikasi tinggi. Kerap kali komputer kelas permulaan lebih dari memenuhi keperluan menonton video dan permainan video pada tetapan rendah. Untuk pengguna seperti ini CPU AMD Athlon 200GE diumumkan sebagai pesaing kepada CPU Pentium dan Intel.

AMD Athlon 200GE dilengkapi dua teras Zen dengan kelajuan asas 3.2GHZ dan grafik Radeon Vega 3 terbina. Dengan CPU ini pengguna boleh memainkan permainan e-sukan popular pada tetapan 720P. Menurut AMD lagi ia menawarkan kemampuan grafik yang 67% lebih tinggi berbanding pesaing di dalam kelas yang sama.

Jualan akan bermula pada 18 September. Ini akan diikuti pula oleh pelancaran Athlon 220GE dan Athlon 240GE pada suku ke-empat 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd