Huawei P20 Pro “Pearl White” Kini Telah Mula Ditawarkan Di Malaysia

Huawei P20 Pro “Pearl White” Kini Telah Mula Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Huawei telah memperkenalkan beberapa variasi warna baru untuk P20 Pro di acara IFA 2018 yang lepas, dan salah satunya adalah warna putih atau apa yang Huawei namakannya sebagai “Pearl White”.

Menariknya, bagi pengguna tempatan yang berhasrat untuk mendapatkan Huawei P20 Pro “Pearl White” ini, anda kini sudah boleh membelinya di Malaysia pada harga RM2949.

Huawei P20 Pro Pearl White

Huawei P20 Pro hadir dengan cip pemprosesan Kirin 970, memori 6GB RAM, dan turut dilengkapi tiga kamera di belakang. Kamera Huawei P20 Pro ini dikatakan antara kamera terbaik pada peranti mudah-alih sehingga ke hari ini.

Huawei Malaysia masih belum mengumumkan penawaran warna lain untuk Huawei P20 Pro ini, termasuk model 8GB RAM yang hadir dengan rekaan kerangka berasaskan kulit.


TIPS & ULASAN