#GalaxyNote9 – “Scene Optimizer” Mengoptimasikan Tetapan Kamera Untuk Rakaman Cantik

#GalaxyNote9 – “Scene Optimizer” Mengoptimasikan Tetapan Kamera Untuk Rakaman Cantik

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Samsung Galaxy Note 9 sedia hadir dengan dwi-kamera belakang yang menawarkan sensor 12-megapixel dengan bukaan boleh-laras, membolehkan anda merakamkan gambar dengan cantik pada pelbagai keadaan cahaya berbeza tanpa masalah.

Samsung Galaxy Note 9

Melengkapkan lagi perisian kamera pada Galaxy Note 9 adalah sokongan yang dinamakan sebagai “Scene Optimizer”. Melaluinya, ia menyediakan sekitar 20 jenis tetapan berbeza mengikut apa yang ingin dirakamkan – termasuk seperti makanan, potrait, bunga, rakaman dalam bangunan dan sebagainya.

Melalui ciri ini, ia secara automatik membetulkan penepuan warna, kontras, kadar kecerahan dan sebagainya dalam memastikan hasil rakaman akhir yang sangat cantik. Ciri ini berfungsi secara automatik dan tidak memerlukan sebarang sambungan internet untuk berfungsi.

Samsung Galaxy Note 9

Bagi anda yang sering merakamkan pelbagai pemandangan dan objek berbeza, mungkin Galaxy Note 9 ini adalah sebuah telefon pintar yang sangat sesuai untuk anda.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Note 9 ditawarkan dalam dua variasi – 128GB dan juga 512GB, ditawarkan pada harga bermula RM3699.

Layari : Samsung Galaxy Note 9

Ini adalah advertorial daripada Samsung.


TIPS & ULASAN