Razer Phone 2 Mungkin Hadir Dengan Sokongan “Chroma”

Razer Phone 2 Mungkin Hadir Dengan Sokongan “Chroma”

Diterbitkan pada Sep 8, 2018 oleh .

Chroma merupakan salah satu ciri popular yang hadir pada pelbagai penawaran produk Razer. Melaluinya, ia menambah sokongan pencahayaan berasaskan lampu LED pada aksesori dan produk – sekaligus menjadikan peranti anda lebih menarik da selari tona warna pencahayaannya.

Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan Razer mungkin mengintegrasikan teknologi Chroma ini pada telefon pintar akan datang mereka.

Razer dijangka mengintegraskan sokongan Chroma ini pada telefon pintar, sekaligus menawarkan pencahayaan yang unik yang boleh diselarikan dengan notifikasi yang diterima pengguna.

Seperti biasa, buat masa ini ia hanya sekadar desas-desus sahaja. Razer sebelum ni telah mengesahkan Razer Phone 2 akan dilancarkan pada tahun ini. Mungkin kita mendengar lanjut mengenai peranti ini dalam minggu-minggu akan datang kelak.


TIPS & ULASAN