Carian
Jack Ma Mengumumkan Persaraan Dari Dunia Perniagaan
September 8, 2018 Effi Saharudin

Jack Ma adalah antara insan terkaya di dunia dengan nilai harta melebihi $38 bilion tahun ini. Beliau Mengumumkan persaraan dari dunia perniagaan bermula 10 Speptember ini di dalam temu ramah bersama New York Times semalam. Ini juga adalah tarikh lahir beliau yang ke-54. Pasca persaraan, pengasas Alibaba ini akan menumpukan perhatian menjadi dermawan khususnya bidang pendidikan.

Persaraan beliau ini mengikut jejak langkah hartawan Bill Gates yang turut menjadi dermawan bidang kemanusiaan selepas bersara dari Microsoft pada tahun 2014. Jack Ma tidak menolak untuk semula menjadi pendidik selepas ini. Sebelum menubuhkan Alibaba pada tahun 1999, beliau adalah seorang pesyarah Bahasa Inggeris dan perdagangan antarabangsa di Universiti Hangzhou Dianzi.

Komen