Microsoft Menjadualkan Acara Khas Pada 2 Oktober – Surface Baru?

Microsoft Menjadualkan Acara Khas Pada 2 Oktober – Surface Baru?

Diterbitkan pada Sep 8, 2018 oleh .

Microsoft kini telah mengumumkan penjadualan acara pengumuman khas pada bulan hadapan, iaitu 2 Oktober di New York. Pada acara berkenaan, Microsoft dijangka berkongsi beberapa penawaran baru daripada syarikat mereka.

Berkemungkinan besar Microsoft akan berkongsi mengenai Windows 10 October 2018 Update pada acara berkenaan, selain mungkin turut memperkenalkan peranti Surface baru bersama-sama dengannya.

Ia dijangka Microsoft akan lebih kepada penawaran penaik-tarafan dan kemaskini kecil sahaja kepada Surface. Selain daripada itu, Microsoft turut dijangka menyentuh penawaran dan perkhidmatan baru yang memudahkan pengguna mengakses kandungan telefon terus pada komputer mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 2 Oktober ini untuk melihat kejutan yang akan dibawakan oleh Microsoft.


TIPS & ULASAN