Huawei Akan Memberikan Pilihan “Performance Mode” Pada EMUI 9.0

Huawei Akan Memberikan Pilihan “Performance Mode” Pada EMUI 9.0

Diterbitkan pada Sep 8, 2018 oleh .

Huawei pada minggu ini telah didapati kurang jujur dalam ujian penanda aras – dimana mereka mengatakan AI pada peranti mengenal-pasti aplikasi ujian penanda aras yang dijalankan dan menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding penggunaan aplikasi biasa.

Hal ini telah menimbulkan pelbagai persoalan, dan pihak pembangun 3D Mark sendiri telah membuang peranti Huawei daripada senarai peranti yang diuji penanda aras mereka. Pembangun 3D Mark mengatakan “Performance Mode” tidak boleh dijalankan dengan paksa pada sesuatu aplikasi, tetapi perlu dipilih secara manual oleh pengguna bila mereka memerlukannya.

Selari dengannya, kini Huawei mengumumkan yang mana mereka akan menambah akses “Performance Mode” pada EMUI 9.0. Dengannya, pengguna boleh memilih bila mereka ingin menggunakan prestasi maksimum peranti mereka.

Langkah ini mungkin disukai para peminat permua, dimana anda boleh mengaktifkan ia secara manual bila diperlukan – dan nyah-aktifkan bila tidak, sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga peranti anda.

EMUI 9.0 kini pada peringkat ujian untuk beberapa peranti, dan dijangka mula ditawarkan dalam beberapa bulan lagi untuk peranti utama Huawei dan Honor.


TIPS & ULASAN