Dbrand Akan Hadir Dengan Pelindung Skrin Revolusi Baru

Dbrand Akan Hadir Dengan Pelindung Skrin Revolusi Baru

Diterbitkan pada Sep 8, 2018 oleh .

Dbrand sedia terkenal dengan tawaran pelekat vinil yang premium. Ia mempunyai rekaan yang unik serta tekstur yang menarik.

Terkini, melalui Twitter – Dbrand mengicau sesuatu mengenai pelindung skrin. Di mana, pelindung skrin sukar untuk di pasang, mudah pecah dengan tekanan dan pelindung skrin memerlukan satu revolusi baru. Dbrand mengacahkan sesuatu dengan nama PRISM, yang berkemungkinan besar adalah jenis pelindung skrin baru.

Selain itu, produk baru ini turut akan hadir secara stok tersedia dan bukan seperti kerangka tahan lasak GRIP  sebelum ini yang hadir secara pra-tempah dan melalui laman biayasama.

Dbrand turut memberitahu melalui bebenang kicauan tadi, di mana kerangka GRIP generasi baru dan satu produk misteri akan hadir bersama-sama dengan PRISM.‌ Bagi yang minat, boleh mendaftar minat mereka di laman rasmi PRISM.

Daftar Minat Untuk PRISM Di Sini


TIPS & ULASAN