Twitter telah sedia menawarkan sokongan penyiaran video melalui integrasi Periscope pada perkhidmatan mereka. Kini, selain daripada video, Twitter turut menambah sebuah sokongan baru yang menawarkan penyiaran audio sahaja melalui platform mereka.
Dengan pengenalan ciri ini, pengguna kini boleh membuat penyiaran menggunakan audio sahaja – sekaligus memudahkan pengikut dan rakan-rakan anda untuk mendengar apa yang ingin dikongsikan oleh anda.
Langkah pengenalan ciri ini juga selari dengan arena podcast yang semakin popular akhir-akhir ini.
Buat masa ini, fungsi penyiaran audio ini hanya terhad kepada pengguna Twitter di iPhone dan iPad. Ia mungkin diperluaskan ke Android tidak lama lagi.