Pada bulan Oktober 2014, Google memperkenalkan permainan ‘Dinasaur Lari‘ melalui pelayar web mereka Google Chrome. Permainan ini boleh dimainkan jika pengguna tiada akses internet.
Kini sempena ulang tahun Google Chrome yang kesepuluh, selain daripada kemaskini antaramuka Material Design 2.0 – permainan ‘Dinasaur Lari‘ ini turut diberikan kemaskini sementara. Watak dinasaur dalam permainan tersebut akan memakai topi hari jadi jika pemain melanggar kek hari jadi. Selain itu, latar belakang permainan untuk kemaskini ini adalah gambar belon.
Jika anda ingin mencubanya, matikan akses internet – dan terus tekan spacebar jika anda di PC atau sentuh skrin jika anda menggunakan peranti pintar.