Carian
Masih Menggunakan Windows 7? Kemaskini Dan Sokongan Lanjutan Akan Ditawarkan Secara Berbayar
September 9, 2018 Aman

Microsoft bakal menamatkan sokongan untuk Windows 7 menjelang 14 Januari 2020 kelak. Walaubagaimanapun, masih terdapat sejumlah pengguna yang masih menggunakan sistem operasi berkenaan – terutamanya perusahaan.

Untuk makluman, Windows 7 telah hadir pada 2009 yang lepas, dan sejak daripadanya Microsoft telah memperkenalkan beberapa kemaskini sistem operasi. Paling terkini adalah sistem operasi Windows 10.

Terkini, memandangkan masih ramai menggunakan Windows 7, Microsoft kini mengumumkan mereka akan menawarkan kemaskini dan sokongan lanjutan untuk sistem operasi berkenaan selepas 2020. Walaubagaimanapun, kemaskini berkenaan akan ditawarkan secara berbayar dan ditujukan untuk pelanggan Windows 10 Professional dan juga Windows 7 Enterprise yang membeli lesen secara pukal.

Kemaskini berbayar ini akan ditawarkan pada harga yang meningkat dari tahun ke tahun, dan sokongan berkenaan akan disediakan sehingga 2023 kelak.

Harga perlesenan masih tidak dikongsikan buat masa ini. Bagi pengguna perusahaan yang masih berkira-kira untuk berpindah ke Windows 10, mungkin anda kelak perlu mengeluarkan lebih banyak perbelanjaan untuk kekal menggunakan sistem operasi yang selamat.

Komen