Carian
Vivo V11 Berharga RM1699 Di Malaysia, Vivo V11i Berharga RM1299
September 9, 2018 Aman

Vivo Malaysia kini telah membuka pra-tempahan untuk dua telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo V11i dan juga Vivo V11.

Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan rekaan takuk skrin yang kecil, dan dijangka ditawarkan kepada pengguna bermula 15 September 2018 ini.

Vivo V11 dilihat peranti berspesifikasi lebih tinggi, dan turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Dari segi spesifikasi, Vivo V11 menggunakan skrin 6.41-inci dengan rekaan takuk kecil di atas, menggunakan panel Super AMOLED, cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 25-megapixel. Melengkapkannya adalah kamera hadapan 25-megapixel. Menjana Vivo V11 adalah bateri berkapasiti 3400mAh. Vivo V11 ini ditawarkan pada harga RM1699.

Vivo V11i adalah peranti berspesifikasi sedikit rendah, mengekalkan rekaan lebih kurang sama, tetapi tidak menyertakan pengimbas cap jari pada skrin.

Vivo V11i

Vivo V11i menggunakan skrin 6.3-inci dengan rekaan takuk kecil di bahagian atas skrin, dilengkapi cip MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Melengkapkannya adalah dwi-kamera belakang 16MP + 5MP, kamera hadapan 25-megapixel, dan bateri berkapasiti 3315mAh.

Vivo menjadualkan pelancaran rasminya di Malaysia pada 13 September ini, tetapi nampaknya mereka telah membuka pra-tempahan untuk kedua-dua model peranti ini lebih awal. Vivo V11i ini ditawarkan pada harga RM1299.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk kedua-dua peranti ini melalui laman Lazada hari ini.

Komen