Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat teknologi kini melihat kepada penggunaan tenaga lestari, memandangkan ia adalah lebih mesra alam – selain lebih menarik minat para pelabur dan pengguna dalam mendapatkan produk mereka. Sebelum ini kita telah melihat syarikat teknologi seperti Apple dan Facebook berkongsi perancangan mereka, dan paling terkini adalah Sony.

Sony kini mengumumkan yang mana mereka merancang untuk menggunakan tenaga lestasi sepenuhnya menjelang 2040 kelak. Pada hari ini, Sony menggunakan sekitar 7% tenaga lestari dalam operasi mereka.

Dengan langkah peralihan Sony ke tenaga lestari ini, ia akan menyaksikan pelbagai pengeluaran televisyen dan kamera oleh mereka menggunakan tenaga elektrik yang boleh diperbaharui, selain turut menggunakan tenaga lestari dalam penghasilan kandungan seperti filem dan permainan.

Sony merancang untuk menggunakan tenaga lestari hasil daripada penggunaan panel solar, dan beberapa sumber hijau yang lain. Mereka menyasarkan menggunakan sebanyak 30% tenaga lestari menjelang 2030, dan meningkatkannya mencapai 100% menjelang 2040.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd