Jack Ma Akan Kekal Sebagai Pengerusi Alibaba Sehingga September 2019

Jack Ma Akan Kekal Sebagai Pengerusi Alibaba Sehingga September 2019

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

Alibaba hari ini mengumumkan secara rasminya mengatakan yang maan pengerusi eksekutif sedia ada, Jack Ma akan bertugas sehingga 10 September 2019 kelak. Beliau akan kekal bertugas dan membuat peralihan kerja kepada Daniel Zhang dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Jack Ma selepas itu berhasrat untuk kekal menjadi ahli lembaga pengarah sehingga 2020 kelak.

Dengan peralihan ini, ia memperlihatkan yang mana Alibaba kini telah beralih daripada sebuah syarikat yang bergantung disebalik nama seorang individu kepada sebuah syarikat yang boleh beroperasi dengan bebas melalui pelbagai bakat dalam syarikat berkenaan.

Jack Ma sendiri dijangka akan ke arena pendidikan selepas bersara daripada Alibaba.

Sebelum ini, laporan daripada NYT mengatakan yang mana Jack Ma akan bersara daripada Alibaba pada tahun ini – yang mana nampaknya adalah kurang tepat. Peralihan kuasa ini mendapat perhatian ramai pihak memandangkan Alibaba merupakan salah satu syarikat internet yang terkemuka di Asia – dan semestinya ramai yang ingin melihat perkembangan dan fasa seterusnya untuk syarikat teknologi berkenaan.


TIPS & ULASAN