Instagram Memudahkan Anda Meninggalkan Komen Dalam Bentuk Emoji

Instagram Memudahkan Anda Meninggalkan Komen Dalam Bentuk Emoji

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

Instagram merupakan salah satu laman sosial memfokuskan perkongsian gambar dan video yang popular. Dengan fokus terhadap visual, kini Instagram turut memudahkan anda meninggalkan komen pada perkongsian rakan-rakan dalam bentuk emoji.

Sebelum ini, pengguna mungkin perlu bergantung kepada akses emoji pada papan kekunci maya, tetapi hal ini berubah melalui kemaskini baru Instagram untuk Android dan iOS.

Kini, pengguna dipaparkan dengan cadangan emoji yang dipaparkan pada ruangan komen – walaupun anda tidak membuka papan kekunci anda. Instagram akan memaparkan emoji yang anda kerap gunakan, dan boleh meninggalkan komen dalam bentuk emoji dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Kemaskini baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan akan diterima semua pengguna dalam hari-hari akan datang.


TIPS & ULASAN