Cari @ Amanz

uTorrent merupakan salah satu klien torrent yang popular dan digunakan ramai seluruh dunia. Terkini, pembangunnya turut telah melancarkan uTorrent Web, iaitu sebuah klien torrent berasaskan web untuk pengguna Windows.

Melaluinya, pengguna boleh memuat-turun sesuatu kandungan terus melalui pelayar web mereka, selain turut memainkan fail torrent berkenaan terus pada pelayar web – atau dalam erti kata lain menstrim kandungan terus pada pelayar web.

Pengguna masih perlu memuat-turun dan memasang fail khas dalam membolehkan uTorrent Web ini digunakan. Sebaik sahaja ia selesai dipasang, pelbagai fail berbentuk torrent atau magnet akan dibuka terus pada pelayar web tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan.

Buat masa ini, uTorrent Web hanya ditawarkan untuk pengguna Windows sahaja, dan mungkin hadir ke platform lain tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd