Sejumlah Aplikasi Di Mac App Store Didapati Mencuri Data Pengguna

Sejumlah Aplikasi Di Mac App Store Didapati Mencuri Data Pengguna

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

Mac App Store merupakan kedai aplikasi yang disediakan oleh Apple untuk pengguna Mac OS. Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk memasang dan mengemaskini aplikasi pada komputer mereka.

Memandangkan ia disediakan terus oleh Apple, ramai pengguna lebih yakin memasang aplikasi daripadanya – apatah lagi ia disaring terlebih dahulu oleh Apple sebelum diterbitkan. Walaubagaimanapun, dengan laporan terbaru ini, ia mungkin membuatkan pengguna lebih berhati-hati untuk memasang aplikasi dari Mac App Store.

Terkini, ia didapati sejumlah aplikasi popular di Mac App Store mencuri data pengguna dan memuat-naik data seperti sejarah pelayaran dan sebagainya ke pelayan pembangun berkenaan. Antara aplikasi yang didapati mencuri data ini adalah termasuk Adware Doctor, Adware Medic, Dr. Unarchiver dan sebagainya.

Ia dikatakan aplikasi berkaitan meminta akses pengguna ke direktori utama untuk mengimbas virus dan sebagainya – dan seterusnya mengakses data pengguna untuk dimuat-naik ke pelayan mereka.

Buat masa ini, aplikasi berkaitan dilihat telah dibuang daripada Mac App Store. Walaubagaimanapun, sekiranya anda telah sedia memasang aplikasi berkaitan, mungkin boleh memantaunya dan nyah-pasang ia buat sementara waktu ini.


TIPS & ULASAN