Samsung A9 Star Kini Turut Ditawarkan Dalam Warna Cerun
Artikel Berkaitan

Samsung A9 Star Kini Turut Ditawarkan Dalam Warna Cerun

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

Huawei mempopularkan warna cerun Midnight Blue menerusi P20 Pro. Warna unik ini mendapat sambutan yang baik dari pengguna dan kini menjadi ikutan pengeluar lain seperti yang dapat dilihat pada Oppo F9 baru-baru ini. Di China Samsung juga mengikut jejak langkah Huawei dengan menawarkan Galaxy A9 Star dalam pilihan warna cerun.

Samsung Galaxy A9 Star ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti model asal iaitu skrin 6.3-inci Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan hadir dengan storan 64GB. Melengkapkan ia adalah sokongan dwi-kamera belakang gabungan 20MP + 16MP, dan kamera hadapan 16-megapixel. Di Malaysia Galaxy A9 Star dijual sebagai sebagai Galaxy A8 Star sejak bulan Julai yang lalu.


TIPS & ULASAN