Tor Browser Hadir Untuk Android Untuk Memudahkan Pelayaran Awanama

Tor Browser Hadir Untuk Android Untuk Memudahkan Pelayaran Awanama

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

Tor Project sebelum ini telah hadir dengan Tor Browser untuk desktop yang memfokuskan kepada privasi dan menghalang pelbagai penjejak mengetahui pelayaran web anda. Kini, selain daripada hanya untuk desktop, Tor Browser juga telah ditawarkan untuk pengguna Android dalam bentuk ujian alfa.

Tor Browser untuk Android hadir berasaskan kepada pelayar web Firefox. Ia memfokuskan kepada privasi dan pelayaran awanama – sekaligus menghalang pelbagai penjejak daripada memantau pelayaran web harian anda.

Tor Browser

Untuk versi alfa ini juga, pengguna perlu memasang sebuah aplikasi proksi khusus untuk membolehkan Tor Browser berhubung dengan rangkaian Tor, iaitu Orbot. Pihak pembangun Tor Browser menyasarkan untuk versi akhir tidak memerlukan aplikasi tambahan ini.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat alfa dan masih tidak stabil sepenuhnya – dan mempunyai sejumlah perkara yang boleh ditambah-baik lagi. Pembangunnya menyasarkan versi akhir dilancarkan pada 2019 kelak.

Muat-turun Tor Browser untuk Android (Alpha)


TIPS & ULASAN