Cari @ Amanz

DxOMark hari ini telah pun mengeluarkan skor untuk telefon pintar terbaru daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Note 9. Melalui ujian yang dilakukan oleh pihak DxO, ia dilihat Galaxy Note 9 dengan sokongan dwi-kamera belakang kini menduduki tangga kedua peranti dengan skor sebanyak 103.

DxOMark Galaxy Note 9Mendahului Galaxy Note 9 adalah Huawei P20 Pro yang telah dilancarkan pada awal tahun ini dengan tiga kamera pada bahagian belakang.

Untuk rakaman gambar, DxO mengatakan Galaxy Note 9 menawarkan operasi autofokus yang pantas dan jitu, selain sokongan zoom sehingga 4x yang masih mengekalkan maklumat pada gambar dengan baik. Kesan bokeh yang dihasilkan juga dikatakan baik berbanding sejumlah peranti lain. Walaubagaimanapun, sekiranya cahaya flash diaktifkan, ia dikatakan pewarnaan adalah kurang konsisten antara rakaman.

Untuk rakaman gambar, ia dikatakan menawarkan kejituan dedahan yang sangat baik, selain sokongan tracking yang baik. Walaubagaimanapun, kejituan rakaman sedikit hilang ketika keadaan cahaya malap.

Jikalau dibandingkan dengan skor Huawei P20 Pro, Galaxy Note 9 sedikit dibelakang untuk rakaman gambar dan video. Namun, ia mendahului pelbagai pesaing lain termasuk Huawei P20 dan juga iPhone X. Menerima skor yang sama dengannya adalah HTC U12+.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd