Cip Snapdragon Wear 3100 Untuk Jam Tangan Pintar Menawarkan Ketahanan Bateri Lebih Baik

Cip Snapdragon Wear 3100 Untuk Jam Tangan Pintar Menawarkan Ketahanan Bateri Lebih Baik

Diterbitkan pada Sep 11, 2018 oleh .

Setelah sekian lama tidak memperkenalkan sebarang cip pemprosesan baru untuk peranti boleh-pakai, hari ini akhirnya Qualcomm memperkenalkan cip Snapdragon Wear 3100.

Cip Snapdragon Wear 3100 ini dilihat lebih memfokuskan kepada jam tangan pintar berasaskan Wear OS daripada Google. Dengan pengenalan cip ini, pihak Qualcomm turut mengatakan yang mana jam tangan pintar menggunakannya akan dipasarkan dalam bulan-bulan akan datang.

Cip pemprosesan baru ini menggunakan rekaan 28-nm, dilengkapi cip berasaskan Cortex-A7 – dan menariknya menawarkan ketahanan bateri yang lebih lama. Pada mod Low Power, cip pemprosesan ini menggunakan tenaga kurang 67% berbanding sebelum ini, selain 49% kuasa kurang untuk penggunaan GPS. Hal ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan jam tangan pintar berasaskan Snapdragon Wear 3100 ini sehingga seminggu dengan sekali pengecasan.

Qualcomm juga menjayakan penawaran ketahanan bateri lebih lama dengan penggunaan cip pelengkapnya untuknya yang sentiasa aktif dinamakan QCC1110.

Snapdragon Wear 3100

Dengan penggunaan cip pelengkap ini, sekiranya bateri pada jam tangan pintar anda adalah sedikit, maka ia akan mematikan pelbagai ciri utama pada jam tangan pintar – sekaligus hanya mengaktifkan paparan muka jam untuk memudahkan anda melihat waktu sahaja.

Sejumlah pengeluar dijangka hadir dengan jam tangan pintar berasaskan Snapdragon Wear 3100 ini, termasuk pihak Fossil, Montblanc dan sebagainya.


TIPS & ULASAN