iPad Pro Baharu Mungkin Akan Menggunakan Port USB-C Menggantikan Lighthing

iPad Pro Baharu Mungkin Akan Menggunakan Port USB-C Menggantikan Lighthing

Diterbitkan pada Sep 11, 2018 oleh .

Apple ialah syarikat yang cukup degil dalam menggunakan standard yang sama untuk kabel pengecasan. Ketika pengeluar lain berubah ke mikroUSB, mereka memperkenalkan Lightning. Kini USB-C ialah kepala pengecasan yang digunakan pada telefon pintar, tablet, komputer riba dan juga kamera digital. Kerana kepopularannya sekarang, ia mungkin akhirnya akan digunapakai pada iPad Pro yang bakal dilancarkan kelak.

Ini adalah menurut ramalan Ming Chi-Kuo, penganalisa yang kerap kali memberikan tilikan yang tepat mengenai fungsi terbaru yang akan digunakan pada peranti-peranti keluaran Apple. Dengan penggunaan USB-C, pengecas MacBook Pro dapat digunakan pada iPad Pro. Ia juga membuka ruang kepada pelbagai aksesori USB-C sedia ada untuk digunakan pada tablet keluaran Apple ini. Tetapi pada waktu yang sama ia boleh mendatangkan masalah kerana Apple Pencil yang digunakan pada iPad Pro memerlukan sambungan Lightning.


TIPS & ULASAN