Cari @ Amanz

Instagram Menguji Kebolehan Untuk Tag Pada Video

Oleh Aman

Link Copied!

Instagram sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna tag rakan-rakan atau profil lain pada gambar ataupun pada Instagram Stories. Terkini, perkhidmatan sosial berkenaan juga sedang menguji ciri baru yang membolehkan pengguna tag rakan-rakan pada sesuatu video.

Instagram Video Tag

Melalui fungsi baru ini, ia memaparkan sebuah butang pada bahagian atas video, dengan nama “View Tagged People”. Sebaik sahaja anda tap padanya, ia akan membawa kepada sebuah halaman baru yang memperlihatkan pelbagai profil yang ditag pada video berkenaan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memudahkan lagi pengguna menemui akaun-akaun baru untuk diikuti pada perkhidmatan sosial berkenaan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah ciri baru ini akan diperkenalkan secara meluas.


Komen ()