Cari @ Amanz

Sejumlah peranti telah mula diuji dengan sistem operasi terbaru Android, iaitu Android 9.0 Pie. Terkini, Xiaomi turut telah memulakan ujian beta untuk MIUI 10 berasaskan Android Pie untuk telefon pintar nirbingkai mereka, Mi Mix 2S.

Android 9.0 Pie menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk sokongan pembelajaran mesin untuk mengoptimasikan penggunaan bateri, pencahayaan pada peranti, selain membolehkan anda mengawal penggunaan peranti dan tidak membazir masa pada skrin kecil anda.

Buat masa ini, Android 9.0 Pie masih diuji pada peringkat beta untuk Mi Mix 2S. Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya pada peranti anda hari ini. Tetapi, hendaklah diambil-perhatian yang mana ia masih tidak stabil sepenuhnya, dan mungkin terdapat beberapa fungsi yang tidak berjalan sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd