Cari @ Amanz

WhatsApp telah menjadi salah satu medium utama yang digunakan ramai untuk berkomunikasi. Beberapa agensi kerajaan juga telah menerima maklumbalas dan aduan melalui perkhidmatan permesejan berkenaan, dan kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut telah mula menerima aduan salah laku peniaga berkaitan harga jualan disebabkan cukai SST melalui WhatsApp.

Dengan adanya sokongan aduan melalui WhatsApp, ia lebih memudahkan pengguna berbanding menggunakan emel atau talian bebas tol yang lain.

Untuk membuat aduan, pengguna hanya perlu menghantarnya kepada talian 019 279 4317 bersama-sama nama penuh, gambar resit dan nama premis berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd