Carian
Xiaomi Menambah Sokongan “WhatsApp Cleaner” Pada MIUI 10
September 11, 2018 Aman

MIUI merupakan variasi sistem operasi Android yang dibangunkan oleh Xiaomi, dimana ia menyertakan sejumlah ciri-ciri tambahan berbanding versi Android biasa, selain perubahan pada antaramuka. Terkini, Xiaomi turut mengumumkan penambahan sokongan WhatsApp Cleaner pada MIUI 10 yang sedang diuji pada peringkat beta pada sejumlah peranti.

WhatsApp Cleaner hadir terbina bersama MIUI 10 Security App. Melaluinya, ia ingin memudahkan anda menguruskan pelbagai fail multimedia yang diterima melalui WhatsApp.

WhatsApp Cleaner

Menggunakannya, anda boleh melihat ruangan storan yang digunakan oleh WhatsApp – termasuk dibahagikan dari segi gambar, video dan sebagainya. Seterusnya, anda boleh memilih untuk mengosongkan atau membuang sesuatu jenis fail yang tidak diperlukan terus melalui aplikasi berkenaan.

Ciri baru ini telah sedia hadir pada MIUI 10 Global Beta, dan dijangka hadir pada versi akhir MIUI 10 untuk semua peranti yang menyokongnya.

Komen