Apple sering menyediakan kemudahan untuk pengguna mengikuti pengumuman produk terbaru melalui laman rasmi mereka. Kebiasaannya ia ditawarkan secara eksklusif melalui produk Apple sahaja, tetapi pada tahun ini ia turut telah diperluaskan untuk ditonton melalui beberapa pelayar web lain.
Kini, selain hanya melalui laman rasmi Apple, pengeluar peranti terkemuka berkenaan juga dilihat akan menawarkan siaran langsung pelancaran produk terbaru Apple melalui laman sosial Twitter.
Join us September 12 at 10 a.m. PDT to watch the #AppleEvent live on Twitter. Tap ❤️ below and we’ll send you updates on event day. pic.twitter.com/i9mGHTKhvu
— Apple (@Apple) September 10, 2018
Twitter sedia digunakan beberapa pihak dalam melakukan siaran langsung, dan penyertaan Apple dalam menggunakan platform sosial berkenaan semestinya menguntungkan Apple – apatah lagi bila ia tidak disiarkan melalui YouTube mahupun Facebook.
Seperti biasa, bagi anda yang berminat mengikuti pengumuman rasmi Apple lewat malam esok, mungkin turut boleh mengikuti akaun rasmi Apple di Twitter selain turut mengikuti pengumuman berkenaan melalui laman rasmi Apple.com.
@amanfirdaus Thank you. We’ll send a reminder before the #AppleEvent on September 12. Reply #stop to opt out. pic.twitter.com/eOgFXrsmMy
— Apple (@Apple) September 11, 2018