Honor Akan Melancarkan Telefon Pintar 5G Pertama Pada 2019 – Lebih Awal Daripada Huawei

Honor Akan Melancarkan Telefon Pintar 5G Pertama Pada 2019 – Lebih Awal Daripada Huawei

Diterbitkan pada Sep 12, 2018 oleh .

Honor merupakan salah satu sub-jenama milik Huawei yang sering hadir dengan inovasi dan penawaran mereka tersendiri. Sebelum ini, Honor telah memperlihatkan Honor Magic 2 yang dilihat membawakan rekaan boleh-luncur dan skrin menyeluruh dihadapan.

Kini, selain daripadanya, Honor turut mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar 5G pertama pada tahun hadapan, 2019. Honor dijangka akan mengumumkan telefon pintar 5G mereka lebih awal daripada Huawei sendiri.

Buat masa ini, spesifikasi keseluruhan peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi. Namun, ia dijangka menggunakan cip Kirin 980 yang mana boleh menambah sokongan rangkaian 5G melalui penggunaan modem Baloong 5000.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan disediakan oleh Honor pada tahun 2019 kelak.


TIPS & ULASAN