Cari @ Amanz

Huawei pada hari ini telah menduduki tangga kedua dari segi pengeluaran peranti dan jenama telefon pintar paling popular di dunia – mendahului Apple, dan hanya dibelakang Samsung. Malah, Huawei turut menyasarkan melangkaui Samsung dalam tempoh sekitar setahun lagi.

Kini, selain Huawei, sub-jenama mereka, Honor turut mengumumkan sasaran baru mereka untuk menjadi jenama telefon pintar popular.

Honor 10

Diumumkan bersama perancangan untuk hadir dengan telefon pintar 5G pertama, Honor mengatakan mereka menyasarkan untuk menjadi jenama telefon pintar kelima paling popular menjelang 2020 kelak, dan menjadi ketiga paling popular menjelang 2022.

Langkah ini sekaligus memperlihatkan Honor akan beroperasi secara lebih berasingan bergerak kehadapan – selain pada masa yang sama menyaingi pihak Huawei sendiri.

Honor 5G

Honor pada tahun ini sendiri telah hadir dengan beberapa peranti menarik pada harga sangat kompetitif. Malah, mereka turut telah mengumumkan Honor Magic 2 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dengan rekaan skrin menyeluruh.

Bergerak kehadapan, dalam usaha menjadi jenama popular, kita mungkin melihat lebih banyak inovasi menarik hadir daripada pihak Honor dalam tahun-tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd