Carian
Jualan iPhone Dan iPad Mungkin Diharamkan Di Korea Selatan Kerana Melanggar Paten
September 12, 2018 Effi Saharudin

Model terkini iPhone akan dilancarkan secara rasmi malam ini dengan pemproses terkini A12. Kemunculannya amat dinantikan peminat Apple kerana ia besar kemungkinan akan menjadi telefon pintar paling berkuasa di pasaran. Berita buruk bagi Apple ialah iPhone dan iPad kini berhadapan diharamkan dijual di Korea Selatan kerana melanggar paten.

Apple kini di bawah siasatan kerajaan Korea Selatan kerana didakwa melanggar paten FinFET yang dipegang poleh Korean Academy of Science and Technology (KAIST). Teknologi FinFET digunakan untuk menghasilkan cip pemproses yang digunakan pada iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPad 9.7-inci, iPad Pro 9.7-inci, iPad Pro 10.5-ini dan iPad Pro 12.9-inci. iPad Xs, Xs Plus dan XC juga turut akan terjejas sekiranya kerajaan Korea Selatan memihak kepada KAIST.

Jun lalu KAIST berjaya memenangi kes saman penyalahgunaan paten yang sama ke atas Samsung. Samsung diarahkan membayar $400 juta sebagai ganti rugi tetapi kini sedang melakukan proses merayu semula keputusan ini.

Komen