Xiaomi Poco F1 Disahkan Menyokong QuickCharge 4.0

Xiaomi Poco F1 Disahkan Menyokong QuickCharge 4.0

Diterbitkan pada Sep 12, 2018 oleh .

Dengan Poco F1, Xiaomi cuba bersaing dengan OnePlus dalam arena peranti mercu yang dijual pada harga yang lebih mampu milik. Ia tidak mempunyai kesemua fungsi peranti utama sebaliknya hanya menyertakan pemproses paling berkuasa yang dipadankan dengan dengan RAM dan storan yang berprestasi tinggi. Peranti ini juga adalah sebilangan kecil yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0.

Ini disahkan sendiri oleh akaun Twitter Poco India semalam. Sebuah pengecas QuickCharge 3.0 disertakan dengan setiap pembelian tetapi ia sebenarnya menyokong QuickCharge 4.0 yang lebih pantas. Bateri 4000 mAh Poco F1 boleh dicas sehingga 50% dalam masa hanya 15 minit menggunakan teknologi ini. Selain Poco F1, HTC U12+ dan Xiaomi Mi 8 juga turut menyokong QuickCharge 4.0.


TIPS & ULASAN