Carian
Samsung Galaxy Note 10 Sedang Dibangunkan Menggunakan Nama Kod DaVinci
September 12, 2018 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Note 9 baru sahaja dilancarkan pada 24 Ogos yang lalu dan kini dinobatkan sebagai peranti dengan kemampuan kamera kedua terbaik di pasaran di belakang Huawei P20 Pro. Sungguhpun begitu menurut laman The Bell, pembangunan Galaxy Note 10 telahpun dimulakan di Samsung,

Samsung Galaxy Note 9

Galaxy Note 10 dikatakan dibangunkan dengan nama kod DaVinci. Tiada maklumat mengenai penambahbaikan yang bakal diperkenalkan kerana projek masih di peringkat awal. Tetapi tidak mengejutkan jika S-Pen dipertingkatkan sekali lagi dengan penambahan fungsi baharu yang diperlukan pengguna. Sebelum ini Galaxy Note 9 dibangunkan dengan nama kod Crown.

Penggunaan nama DaVinci ini menarik kerana Leonardo da Vinci ialah pencipta dan pelukis yang cukup ternama dari zaman Renaissance. Adalah ini petanda awal Galaxy Note 10 akan membawakan inovasi lebih menarik seperti DaVinci semasa hayatnya?

Komen