Cari @ Amanz

Pada waktu Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan, hanya empat pilihan warna sahaja diumumkan iaitu Ocean Blue (biru), Copper (gangsa), Midnight Black (hitam) dan Lavender Purple (ungu).  Di Malaysia pula, hanya warna ungu sahaja tidak ditawarkan.

 

Kini tertiris di arena web adalah Samsung Galaxy Note 9 berwarna perak. Warna perak pada Galaxy Note 9 ini kelihatan hampir sama dengan warna Artic Silver yang pernah ditawarkan untuk Samsung Galaxy S8 sebelum ini. Menurut sumber, warna perak ini akan hanya ditawarkan di Amerika Syarikat. Tiada maklumat jika warna ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd