Cari @ Amanz

Google Photos adalah aplikasi galeri dan juga perkhidmatan storan awan untuk video dan gambar. Ia adalah antara aplikasi yang popular kerana boleh digunakan pada pelbagai platform.

Google Photos

Kini, Google hadir dengan API Google Photos untuk memudahkan pengguna mengintegrasi bersama-sama dengan pembangunan aplikasi mereka. Antara fungsi yang hadir dengan API ini adalah;

  • Memudahkan pencarian gambar, berdasarkan
    • Apa yang terkandung dalam gambar tersebut
    • Masa gambar diambil
    • Data-data dari format media
  • Memuat naik ke Google Photos secara terus dari galeri atau album
  • Mengorganisasi album dan menambah tajuk dan lokasi
  • Menggunakan album sedia ada untuk memudahkan perkongsian atau kerjasama antara pengguna

Dengan kehadiran API ini, pasti tidak lama lagi akan ada lebih banyak aplikasi dengan sokongan integrasi Google Photos.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd