OnePlus Mengacah Satu Permainan Memecah Kod Hasil Kerjasama Dengan Google

OnePlus Mengacah Satu Permainan Memecah Kod Hasil Kerjasama Dengan Google

Diterbitkan pada Sep 12, 2018 oleh .

OnePlus 6T akan dilancarkan pada bulan Oktober. Ia dikatakan akan hadir dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan juga menggunakan skrin dengan takuk bersaiz kecil. Kini, sempena OnePlus 6T – OnePlus hadir dengan ‘Crackables‘, iaitu permainan memecah kod hasil kerjasama dengan Google.

Menarik sekali, permainan ini juga merupakan satu pertandingan yang berkemungkinan besar pemain perlu memecahkan kod atau menggodam sesuatu.

Tiada maklumat lanjut mengenai permainan ini atau apa yang pemain akan membawa pulang jika memenangi pertandingan ini. Permainan dan pertandingan ini akan berlangsung pada 18 September kelak.


TIPS & ULASAN