Fungsi Carian Yang Lebih Pintar Sedang Diuji Pada Gboard

Fungsi Carian Yang Lebih Pintar Sedang Diuji Pada Gboard

Diterbitkan pada Sep 12, 2018 oleh .

Gboard adalah papan kekunci digital daripada Google. Ia mula diperkenalkan buat pengguna iOS. Disebabkan ia mempunyai banyak fungsi dan ciri menarik, versi Android turut diperkenalkan. Google juga kerap memberi pelbagai kemaskini yang menarik. Sebelum ini, pengguna boleh menghasilkan pelekat Minis hanya melalui swafoto.

Kini, Gboard sedang diuji dengan fungsi carian yang lebih pintar. Antara contoh yang sedang diuji adalah – apabila pengguna sedang menaip, ikon G pada papan kekunci tersebut akan berubah bentuk mengikut kandungan yang ditaip. Jika pengguna sedang menaip mengenai ekspresi atau perasaan, ikon G akan bertukar menjadi emoji senyum dan beberapa cadangan emoji, pelekat atau GIF berkaitan akan dicadangkan.

Buat masa ini fungsi ini hanya hadir melalui kemaskini si bahagian pelayan. Tetapi, jika anda bertuah – anda mungkin boleh mendapatnya melalui Gboard versi beta yang terkini. Versi stabil masih belum diumumkan, ia mungkin akan hadir tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN