Carian
Nama iPhone XS, XS Max dan XR Tertiris Melalui Laman Rasmi Apple
September 12, 2018 Aman

Apple bakal mengadakan acara rasmi pengumuman telefon pintar mereka secara rasminya dalam beberapa jam lagi. Kini, menariknya ia dilihat beberapa nama baru telah pun tertiris melalui fail XML yang dihoskan di Apple.com.

Daripada info yang tertiris, tiga nama baru dilihat disertakan, iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan juga iPhone XR.

Dengan ketirisan baru ini, ia sekaligus membuatkan kebarangkalian nama seperti iPhone XS Plus dan iPhone XC mungkin tidak digunakan pada peranti baru Apple kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Apple dalam beberapa jam lagi untuk melihat sendiri apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Apple.

Komen