Xiaomi Redmi Note 6 Melepasi Pengesahan Sirim – Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

Xiaomi Redmi Note 6 Melepasi Pengesahan Sirim – Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Sep 12, 2018 oleh .

Xiaomi telah sedia memperkenalkan siri Redmi 6 untuk pasaran tempatan sebelum ini, dan kini nampaknya telah dalam persediaan untuk memperkenalkan siri Redmi Note generasi baru tidak lama lagi.

Melalui pengesahan Sirim, ia dilihat Xiaomi telah menerima pengesahan untuk peranti menggunakan nombor model M1806E7TG – dimana ia dijangka adalah model untuk peranti Redmi Note 6.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan dilancarkan secara rasminya. Dengan pengesahan Sirim ini, kita mungkin melihat Xiaomi memperkenalkan ia secara rasminya dalam sebulan dua lagi ini – dan memasuki pasaran tempatan seawal mungkin.


TIPS & ULASAN