Apple iPhone XR Diperkenalkan Dengan Skrin 6.1-inci LCD, Pelbagai Pilihan Warna

Apple iPhone XR Diperkenalkan Dengan Skrin 6.1-inci LCD, Pelbagai Pilihan Warna

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

Bersama-sama pengenalan iPhone XS dan iPhone XS Max, pihak Apple hari ini turut memperkenalkan telefon pintar ketiga mereka, iaitu iPhone XR. Telefon pintar ini hadir dengan pilihan enam warna berbeza, termasuk dalam warna merah dan juga biru.

Apple iPhone XR

iPhone XR hadir dengan skrin 6.1-inci dan menggunakan panel LCD. Apple mengatakan ia menawarkan kejituan warna paling tepat pada panel LCD berbanding pesaing yang lain dipasaran.

Apple iPhone XR

Apple iPhone XR

Dari segi perbezaan berbanding model utama, ia dilihat iPhone XR menyertakan panel LCD, rekaan kerangka berasaskan aluminium, dan hanya satu kamera belakang. iPhone XR turut menawarkan sokongan kalis air IP67 bersama-sama dengannya.

Selain daripadanya, telefon pintar ini masih mengekalkan penggunaan cip Apple A12 Bionic yang menawarkan kuasa pemprosesan sama seperti iPhone XS – termasuk dari segi pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.

Apple iPhone XR

Apple iPhone XR

Apple iPhone XR

iPhone XR turut menyertakan sokongan Face ID untuk nyah-kunci berasaskan wajah, selain dilengkapi sokongan Tap-To-Wake untuk mengaktifkan skrin – kerana ketiadaan butang Home. Apple turut menyertakan sokongan tindak-balas haptik sebagai ganti untuk 3D Touch yang terdapat pada beberapa iPhone sebelum ini.

Apple iPhone XR

Untuk rakaman gambar, iPhone XR menyertakan hanya satu kamera belakang dengan sensor 12-megapixel. Walaubagaimanapun, Apple menjanjikan kualiti rakaman yang baik, termasuk kemampuan menghasilkan rakaman bokeh melalui bantuan perisian.

Apple iPhone XR

Apple iPhone XR

Apple iPhone XR

Apple akan memasarkan iPhone XR ini bermula bulan Oktober kelak, dimana ia dijangka menawarkan harga yang sedikit rendah berbanding model iPhone “Plus” sebelum ini.


TIPS & ULASAN