Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan beberapa model iPhone baru yang hadir secara terbina bersama sistem operasi iOS 12. Bersama-sama dengannya, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru untuk pengguna, termasuk kawalan masa penggunaan peranti melalui Screen Time, sokongan realiti-gabungan lebih baik, notifikasi yang boleh disatukan, penambah-baikkan pada Siri, selain kemaskini untuk aplikasi seperti Photos dan Apple Books.

Apple iOS 12

Untuk pengguna iPhone sedia ada, anda akan ditawarkan dengan kemaskini sistem operasi ini bermula 17 September kelak, iaitu mulai minggu hadapan.

Apple mengatakan sistem operasi iOS 12 ini akan menyokong semua peranti iOS sedia ada yang menjalankan iOS 11 – termasuk iPhone dan juga iPad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd