Bersama-sama pengumuman tiga iPhone baru, iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR, pihak Apple turut membuat perubahan pada beberapa penawaran produk mereka. Kini Apple telah menghentikan jualan model iPhone X pada tahun lepas, dan kini hanya menawarkan model iPhone 7 dan iPhone 8 sahaja bersama-sama dengan versi baru.
Harga jualan untuk keluarga peranti iPhone 7 dan juga iPhone 8 turut dikemaskini – dimana kini membawakan tanda harga sedikit rendah.
iPhone 7 yang hadir dengan skrin 4.7-inci kini ditawarkan pada harga bermula RM2199, sementara iPhone 7 Plus pula hadir dengan harga jualan bermula RM2749.
Untuk iPhone 8 pula, kini ia ditawarkan pada harga bermula RM2899, sementara iPhone 8 Plus pula pada harga bermula RM3299.
Dengan tidak lagi menawarkan iPhone SE dan iPhone 6s, ia juga memperlihatkan yang mana Apple kini tidak lagi menawarkan sebarang iPhone dengan bicu audio bersama-sama dengannya, sebaliknya bergantung kepada fon telinga/kepala berasaskan Lightning sahaja selepas ini.