Apple Tidak Lagi Menyertakan Penyesuai Bicu Audio Bersama iPhone Baru

Apple Tidak Lagi Menyertakan Penyesuai Bicu Audio Bersama iPhone Baru

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

Apple melalui beberapa iPhone sebelum ini telah turut menyertakan penyesuai bicu audio yang membolehkan anda menghubungkan fon kepala yang mempunyai sambungan 3.5mm menggunakan penyesuai khusus. Penyesuai ini ditawarkan percuma bersama-sama pembelian iPhone sebelum ini.

Penyesuai Bicu Audio

Tetapi, dengan pengenalan iPhone generasi baru hari ini, Apple tidak lagi menawarkan penyesuai berkenaan – sebaliknya memerlukan pengguna membelinya secara berasingan.

Di Malaysia, penyesuai ini ditawarkan pada harga RM49. Langkah Apple ini juga dilihat selari dengan mereka yang telah menghentikan jualan iPhone yang menyertakan bicu audio 3.5mm – sebaliknya hanya menawarkan iPhone yang menggunakan penyambung Lightning sahaja.


TIPS & ULASAN