Ini Ialah Rekaan Talam Dwi-SIM Untuk iPhone XS Max dan XR Yang Hanya Ditawarkan Di China

Ini Ialah Rekaan Talam Dwi-SIM Untuk iPhone XS Max dan XR Yang Hanya Ditawarkan Di China

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

iPhone XS, XS Max dan XR adalah tiga peranti terawal dari Apple yang akhirnya menyokong dwi-SIM serentak. Tetapi berita kurang baik bagi pengguna di Malaysia ialah, penggunaan eSIM diperlukan bagi menikmati fungsi terbaru ini. Model dengan sokongan dwi-SIM fizikal sebenar hanya ditawarkan untuk pasaran China, Hong Kong dan Makau.

Di negara-negara jajahan takluk China ini, dua slot SIM bersaiz nano yang bertindan atas dan bawah disertakan. Sebab utama mengapa ia hanya ditawarkan di China ialah kerana ia adalah fungsi yang kini perlu bagi pengguna di sana. Seperti pada peranti Android, pengguna akan menerima tetapan baru untuk mengaktifkan kedua-dua SIM atau mematikan salah satu apabila tidak diperlukan.

Penggunaan eSIM masih lagi agak terhad dengan hanya 14 syarikat telekomunikasi di 10 negara menyokongnya. Sebelum ini eSIM boleh ditemui pada iPad dan Apple Watch. Mungkin selepas ini eSIM akan akhirnya digunakan secara lebih meluas.


TIPS & ULASAN