Samsung Membuka Bilik Pameran Terbesar Dunia Di India
Artikel Berkaitan

Samsung Membuka Bilik Pameran Terbesar Dunia Di India

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

Hari ini terdapat lambakan berita mengenai Apple pasca acara yang berlangsung awal pagi tadi. Tetapi ini tidak bermakna berita dari pengeluar lain perlu dilupakan. Semalam Samsung telah membuka bilik pameran terbesar di dunia yang terletak di Bengaluru India. Samsung Opera House mempunyai keluasan lantai 33,000 kaki persegi (3065 meter persegi) yang merupakan sebuah bangunan opera lama era British yang telah dipulihara.

Di Samsung Opera House pelawat boleh mengadakan temu janji untuk menonton filem kegemaran bersama keluarga pada televisyen pintar QLED terkini keluaran mereka. Terdapat ruang pameran untuk telefon pintar, tablet, televisyen dan perkakasan rumah pintar yang menggunakan teknologi berhubung Samsung.

Bagi yang lebih berani, terdapat kerusi 4D untuk menikmati pengalaman realiti maya menggunakan Galaxy Gear VR. Pembinaan ruang pameran terbesar dunia di India ini tidak mengejutkan kerana hanya beberapa bulan yang lalu kilang telefon pintar terbesar dunia juga telah dibuka di negara tersebut.


TIPS & ULASAN