Cari @ Amanz

Harga Jualan Apple AirPods Dikemaskini Ke RM649

Link Copied!

Fon telinga nirwayar dilancarkan dua tahun yang lalu sebagai aksesori terbaik selepas bicu audio tidak lagi disertakan pada iPhone 7 dan 7 Plus. Selepas pelancaran iPhone XS, XS Max dan XR pagi tadi, Apple menghentikan pengeluaran iPhone SE, 6 serta 6S yang mempunyai bicu audio. Tiada AirPods baru dilancarkan semalam tetapi harga jualannya Malaysia telah dikemaskini menjadikannya lebih murah.

Sepasang AirPods kini boleh dimiliki pada harga RM649. Sebelum ini ia dijual pada harga RM849 sepasang. Potongan harga sebanyak 24% ini amat lama dinantikan kerana menjadikannya lebih mampu milik. Kepada yang menantikan masa terbaik memiliki aksesori nirwayar rasmi Apple, hari ini ialah hari anda untuk merealisasikan impian.


Komen ()