Semalam, Xiaomi mengesahkan tarikh pelancaran peranti terkini mereka Mi 8 Youth. Ia akan dilancarkan pada 19 September hadapan. Peranti ini juga sebelum ini diuar-uarkan akan menggunakan nama Mi 8X dan juga Mi 8 Fingerprint Edition. Ia adalah sebuah lagi telefon pintar di dalam keluarga Mi 8 yang dilancarkan awal tahun ini.
Kini, melalui laman media sosial rasmi di China – Xiaomi mengacah warna cerun emas buat Mi 8 Youth ini. Warna ini mula dipopularkan oleh Huawei dalam siri P20 Pro edisi ‘Twilight’.
Ia diramalkan akan dilengkapi skrin 6.26″ FHD+. dijana pemproses Snapdragon 710, dwi-kamera 12 Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel. Seperti Mi 8 Explorer Edition, peranti ini dipercayai akan hadir dengan model yang dilengkapi pengimbas cap jari dalam skrin.
Misteri sebenar spesifikasi pastinya akan terungkai pada 19 September ini.