Cari @ Amanz

Pada 10 Ogos lepas, Nokia 7 Plus mula menerima kemaskini Android 9.0 Pie beta. Secara langsung ia menjadi peranti Android One pertama yang menyokong sistem operasi Android generasi baru ini. Kemudian, kami laporkan di mana Nokia 7 Plus akan menerima Android 9.0 Pie secara rasmi seawal bulan September.

Hari ini, Nokia 7 Plus mula menerima kemaskini Android 9.0 Pie beta terakhir. Ini bermakna, kemaskini seterusnya adalah versi stabil. Android 9.0 Pie akan membawakan sokongan kawalan gesture yang unik, antaramuka baru, fungsi menarik pada recent apps dan beberapa fungsi kecerdasan buatan.

Harapnya, pihak HMD Global akan benar-benar beri kemaskini Android Pie versi akhir pada Nokia 7 Plus dalam bulan ini juga dan tiada tangguhan. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd