Carian
Fokus Crayon Dalam Mendorong Transformasi Digital Malaysia Melalui Awan
September 18, 2018 • Liyana

Baru-baru ini, Crayon World Summit 2018 telah menggariskan beberapa aspek penting pendigitalan mereka dalam Malaysia. Crayon telah melihat perbezaan yang ketara dalam pasaran Malaysia pada kadar penerimaan dan penggunaan teknologi pengguna adalah tinggi.

Bersama Torgrim Takle – Ketua Pegawai Eksekutif Crayon, Florent Bellshane – Timbalan Pengarah, Crayon Asia Pasifik, Ashley Gatehouse – Ketua Pemasaran Crayon dan Danny Fong – Pengurus Besar, Crayon Malaysia bagi menjelaskan keutamaan mereka dalam pasaran Malaysia. Penyelesaian yang diberikan oleh Crayon dilihat lebih relevan berbanding sebelum ini. Hal ini kerana lebih banyak pelanggan mula menyedari betapa pentingnya pelaksanaan penyelesaian IT untuk memahami bagaimana teknologi dapat membantu mereka dalam mengembangkan perniagaan. Ia juga bukan lagi sekadar melabur pada teknologi semata-mata tetapi cara terbaik untuk mengadopsi dan mengoptimumkannya pada perniagaan mereka.

Bagi Crayon, Malaysia dilihat sebagai negara yang mempunyai pasaran dinamik dan positif, disokong oleh pelbagai inisiatif kerajaan. Antara ruang fokus yang mereka lihat adalah peluang khusus dalam pendidikan – Malaysia mempunyai populasi muda. Melalui teknologi ia akan membantu berkembang dan menyumbang kepada negara secara keseluruhannya. Pendekatan lain yang ingin dilakukan mereka adalah memberi nasihat kepada pelanggan mengenai apa yang diperlukan untuk mendapatkan hasil perniagaan yang diinginkan. Ini menjadikan mereka antara syarikat yang dapat memaksimumkan impak teknologi untuk pelanggan.

Malaysia dipilih berdasarkan potensi perniagaan bagi organisasi untuk memulakan perjalanan transformasi digital – khususnya dalam perisian. Crayon turut menerima sokongan daripada Microsoft – yang mahu mereka membantu pelanggan  dalam menavigasikan persekitaran teknologi yang rumit. Malah, Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang berkembang sebelum Singapura dan Filipina.

Sebelum ini, banyak perniagaan tidak memberikan tumpuan kepada perbelanjaan perisian, yang menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang tidak terkawal. Kini, berdasarkan pengalaman Crayon mula menyedari bahawa dalam organisasi, hampir 50% pembelian perisian berlaku dalam barisan perniagaan – dan ianya tidak lagi dikawal oleh fungsi organisasi IT. Oleh itu, mereka ingin mengubah kawalan tersebut menjadi lebih teratur.

Secara ringkasnya, Crayon telah mengubah cara industri berfikir tentang perbelanjaan IT. Sebelum ini, kos tidak terkawal namun hari ini mereka telah aktif mendidik sebahagian besar pertubuhan untuk mengubah pemikiran dalam membelanjakan kos kepada pulangan pelaburan. Untuk menyokong transformasi digital ini, mereka ingin membantu organisasi untuk melihat nilai dalam pelaburan IT. Ini adalah kemahiran asas yang telah hilang di pasaran, tetapi kini Crayon sedia membantu.

Komen